This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, 25 April 2013

tips mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah

hai semua..hari ni nina nak bagi tahu korang macam mana nak mengawal kulit yang berminyak..tipsnya muda sangat bagi korang nak mengawalnya..nina tahu mesti korang tak selesa kan dengan kulit yang berminyak dak\hlah berminyak berjerawat lagi tambahan lagi gtal2x pada wajah membuatkan korang kurang selesa bergaul dengan rakan korang lebih2x lagi nak keluar dating dengan korang punya gf/bf kan..nina faham semua tu...kali i nina nak kongsu\i bersama korang semua cara penjagaannya..


Atau pun dalam bahasa yang lebih mudah, macam mana nak hilangkan minyak di muka. Ada orang kata tak boleh hilang, cuma boleh kurangkan je minyak kat muka. Lantak kau lah kan? Yang penting tujuan dan motif utama ialah:

mengawal masalah kulit muka berminyak dan mengatasi segala masalah yang akan tiba apabila berlakunya pembiakan minyak yang banyak di muka. betul ke ayat ni?

Aku merupakan salah seorang makhluk Tuhan paling seksi yang mengalami masalah kulit berminyak yang agak kritikal ini. :)




*sedaya upaya menghilangkan minyak di muka. sampai kembang-kembang lobang hidung haa~
Sebenarnya ini peringatan dan pengetahuan buat aku juga. Aku pun baru tahu semua ni. so, meh sini nak share share sikit ilmu yang tak seberapa nak ada ni. Entry ni khas buat sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit, kalau yang rasa kulit muka dah cantik chun mulus kudus semua, taknak baca pun tak apa. No offence dear.

Apa itu kulit berminyak?
Bukan kulit muka yang tertumpah minyak masak atau mungkin minyak afiat ya?

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat.






Untuk mengawalnya:
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi 'mineral oil'.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.












Wednesday, 24 April 2013

tips penjagaan gigi sempurna





Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?
Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita  berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.



Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.
Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu.
Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.

  1.  Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk  membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.  Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!
Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45 darjah ke arah gusi,  manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.
Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.
Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudahestablish di kalangan pengamal pergigian.
Pesanan dari saya, jagalah kesihatan gigi anda!








cara buat mask daripada tepung gandum








langkah pertama:ambil 3 sudu tepung gandum.
langkah kedua   :2 sudu air putih.
cara membuat    ;;campurkan tepung gandum itu bersama air putih dan gaul sehingga sebati kemudian gunakan penyapu muka dan rapatkan pada seluruh wajah sehingga 1jam...guna seperti menggunakan mask...gunakan 3 kali seminggu pada waktu malam...inssyallah kulit wajah anda idamkan akan tercapai berkat usaha anda sendiri..

kebaikan tomato pada kulit



sememangnya kita tahu bahawa buah buahan banyak mengandungi vitamin c sama ada buah masam atau manis ianya banyak memberikan kebaikankan khasnya pada kulit kita di samping itu juga kita perlu mengambil buah buahan sebagai penganti tenaga kepada kita di samping dapat menbantu mencantikan tubuh badan kita...tetapi lain pula kepada buah tomato ini selain memberikan vitamin c kepada kita buah tomato juga boleh memberikan kulit wajah anda halus dan gebu...buah tomato juga boleh di buat sambal belacan atau di makan seperti buah epal...amalkanlah selalu agar anda  mendapat manfaatnya...tidak rugi anda  mencubanya untuk kepentingan sendiri...